Sunday, August 1, 2010

kenapa jadi mcm ni??


Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa,
sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini
merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak,
ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-
macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya
elok, pasti ada jugak yang busuk.
Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka
dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah
sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-
adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup
berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu
semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan
mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini
berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik
itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau
kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang
dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan
keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan
khemah mereka sendiri.
Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula
telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba
menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas
alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.
Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu
oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir
kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil
makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik
perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata
si abang sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh>dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa
menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik
lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si
abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.
Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih
berdiplomasi."
Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.
"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat
tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan
nafsu."
Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan
terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-
beradik yang lain.
Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba
mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang
tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh
abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang,
adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang
dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan
khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula
ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat
kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul
adik perempuan kami."
"Selamatkan adik kami yang kelemasan."
Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut.
Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan
mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah
tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama
cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya
tergempar itu.
Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini
seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang
mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik
kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain
yang membantu.
Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan
mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal.
Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di
tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan
mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih
menarik....
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.
catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah

No comments:

Post a Comment